Wednesday, June 29, 2011

Mungkin Pesong Atau Lupa 1

Melaka 1400 - 1511

Sang Nila Utama empunya nama . Datangnya membuka satu sejarah Melaka . Nama yang masyhur dahulu kala . Daripada Alfonso Albuquerque di barat sehingga Cheng Ho di timur . Semuanya pernah sampai ke Melaka . Banyaknya pedagang tidak terkira . Penat bendahara dan syahbandar melayan keletah . Pelbagai hasil bumi menjadi rebutan . Rempah ratus senjata utama menjadi tarikan segenap benua . Berkata Duarte Barbosa .

"Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia"
(He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Datangnya pedagang Arab membawa sinar Islam . Sinar yang mencerahkan alam Melaka . Sang Nila Utama bertukar nama . Raja Iskandar Shah menjadi pilihan . Melaka terus maju . Majunya bukan sahaja dalam perdagangan tetapi juga sebagai pusat ilmuan Islam . Hebatnya Melaka menggantika Srivijaya tiada terkata . Pasai sebagai 'abang tua' dalam dagang dan agama senantiasa berkirim salam .

Khabar Melaka sampai ke telinga Portugis . Panas punggung maharaja itu . Diutuskan Diego Lopez de Sequiera datang merisik .

" Menurut sumber Sejarah Malaysia, kedatangan Portugis awalnya dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab mendesak sultan dan bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru itu, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Feringgi atau Portugis dan menyerang angkatan laut mereka.

Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan kepada mereka. Setelah mendapati rancangan asal telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata ketika sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka. "..sumber ini .

" Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China. "..sumber ini .

Rebahlah Melaka ke muka bumi . Harta benda dirampas . Maruah rakyat ditahan . Tapi benarkah Melaka tewas begitu mudah ? Mungkin ada fakta yang disembunyikan atau sengaja dipesongkan ?

" Ingat lagi Melaka pernah diserang oleh angkatan laut dan darat Siam ketika Sultan Muzafar Shah memerintah? Dengan kekuatan armada laut dan darat Melaka, dipimpin oleh Tun Perak, Tun Hamzah (Tok Bongkok) dan Hang Tuah, mereka berjaya menggagalkan serangan Siam. Begitu hebatnya armada laut kita sehingga tidak dapat berfungsi menghidu kehadiran Portugis malah menhalang serangan kapal Portugis. Mana menghilangnya armada laut Melaka ketika Melaka diserang? Ada pendapat mengatakan mereka berpaling tadah dan bersama-sama menyerang Melaka.

Mengikut sejarah ‘rasmi’, empayar Melaka mudah tewas kerana Portugis/Barat lebih hebat. Takkan hendak berlawan hanya bekal keris dan lembing? Melayu tiada baju besi, tiada meriam atau senjata api.. Itu kata masyarakat Melayu kita sendiri yang buta sejarah dan meperlekehkan bangsa sendiri.. Kaji dahulu sebelum ketawa!

Melayu ketika itu sudah pandai membuat baju besi.. Melayu juga hebat dengan peralatan perang.. dengan perisai baju besi, pemuras, terakol, istinggar dan meriam (Lela Rentaka). Tidak masuk akal jikalau Melaka sebuah pelabuhan perdagangan serata dunia sebelah Asia tidak terdedah kepada teknologi terkini. Kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan Melayu nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol.

Sultan Mahmud Shah juga tidak mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak dipunyainya.. Tun Fatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui sultan, telah berkahwin dengan Tun Ali. Akibat rasa cemburu dan tidak senang hati dengan tindakan Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan Tun Fatimah terlebih dahulu kepadanya, Sultan telah murka. Terlebih dahulu Datuk Mandeliar dan Si Kitol telah menghasut Sultan Mahmud Shah .

Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan. Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah . "..sumber ini .

*********

- entri selepas ini akan bersambung kepada Mungkin Pesong Atau Lupa 2 .


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam