Thursday, June 30, 2011

Melayu Dan Mahasiswa

Maaf malam ini bukan untuk ulas Mungkin Pesong Atau Tipu 2 kerana saya fikir lebih bagus untuk buat entri ini pada minggu sastera yang seterusnya . Keh Keh

Tapi

Mungkin kita boleh berkongsi satu puisi yang cukup bermakna dan mendalam maksudnya . Lebih dalam lagi daripada jurang mariana . Lebih luas daripada atmosfera yang tak pasti mana satu hujungnya . Sehinggakan empat kota di empat benua pun belum mampu untuk menghuraikannya .

Puisi ini dicipta oleh Dato' Dr Usman Awang . Nama yang cukup besar dalam dunia keilmuwan Melayu . Perginya beliau lebih sedekad lalu umpama satu hilangnya satu permata ilmu yang tiada tara nilainya . Jiwa tulen Melayu kemas terselit dalam setiap karyanya . Hayatilah .


MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


MAHASISWA , September 1961

Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

************
gambar dapat di sini .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Wednesday, June 29, 2011

Mungkin Pesong Atau Lupa 1

Melaka 1400 - 1511

Sang Nila Utama empunya nama . Datangnya membuka satu sejarah Melaka . Nama yang masyhur dahulu kala . Daripada Alfonso Albuquerque di barat sehingga Cheng Ho di timur . Semuanya pernah sampai ke Melaka . Banyaknya pedagang tidak terkira . Penat bendahara dan syahbandar melayan keletah . Pelbagai hasil bumi menjadi rebutan . Rempah ratus senjata utama menjadi tarikan segenap benua . Berkata Duarte Barbosa .

"Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia"
(He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Datangnya pedagang Arab membawa sinar Islam . Sinar yang mencerahkan alam Melaka . Sang Nila Utama bertukar nama . Raja Iskandar Shah menjadi pilihan . Melaka terus maju . Majunya bukan sahaja dalam perdagangan tetapi juga sebagai pusat ilmuan Islam . Hebatnya Melaka menggantika Srivijaya tiada terkata . Pasai sebagai 'abang tua' dalam dagang dan agama senantiasa berkirim salam .

Khabar Melaka sampai ke telinga Portugis . Panas punggung maharaja itu . Diutuskan Diego Lopez de Sequiera datang merisik .

" Menurut sumber Sejarah Malaysia, kedatangan Portugis awalnya dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab mendesak sultan dan bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru itu, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Feringgi atau Portugis dan menyerang angkatan laut mereka.

Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan kepada mereka. Setelah mendapati rancangan asal telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata ketika sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka. "..sumber ini .

" Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China. "..sumber ini .

Rebahlah Melaka ke muka bumi . Harta benda dirampas . Maruah rakyat ditahan . Tapi benarkah Melaka tewas begitu mudah ? Mungkin ada fakta yang disembunyikan atau sengaja dipesongkan ?

" Ingat lagi Melaka pernah diserang oleh angkatan laut dan darat Siam ketika Sultan Muzafar Shah memerintah? Dengan kekuatan armada laut dan darat Melaka, dipimpin oleh Tun Perak, Tun Hamzah (Tok Bongkok) dan Hang Tuah, mereka berjaya menggagalkan serangan Siam. Begitu hebatnya armada laut kita sehingga tidak dapat berfungsi menghidu kehadiran Portugis malah menhalang serangan kapal Portugis. Mana menghilangnya armada laut Melaka ketika Melaka diserang? Ada pendapat mengatakan mereka berpaling tadah dan bersama-sama menyerang Melaka.

Mengikut sejarah ‘rasmi’, empayar Melaka mudah tewas kerana Portugis/Barat lebih hebat. Takkan hendak berlawan hanya bekal keris dan lembing? Melayu tiada baju besi, tiada meriam atau senjata api.. Itu kata masyarakat Melayu kita sendiri yang buta sejarah dan meperlekehkan bangsa sendiri.. Kaji dahulu sebelum ketawa!

Melayu ketika itu sudah pandai membuat baju besi.. Melayu juga hebat dengan peralatan perang.. dengan perisai baju besi, pemuras, terakol, istinggar dan meriam (Lela Rentaka). Tidak masuk akal jikalau Melaka sebuah pelabuhan perdagangan serata dunia sebelah Asia tidak terdedah kepada teknologi terkini. Kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan Melayu nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol.

Sultan Mahmud Shah juga tidak mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak dipunyainya.. Tun Fatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui sultan, telah berkahwin dengan Tun Ali. Akibat rasa cemburu dan tidak senang hati dengan tindakan Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan Tun Fatimah terlebih dahulu kepadanya, Sultan telah murka. Terlebih dahulu Datuk Mandeliar dan Si Kitol telah menghasut Sultan Mahmud Shah .

Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan. Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah . "..sumber ini .

*********

- entri selepas ini akan bersambung kepada Mungkin Pesong Atau Lupa 2 .


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Meredah Malam

Dari masjid ke masjid
diredah kelam malam
singkat waktu musafir
jauh marhalah dijejak

Di sepanjang jalan
pergi dan pulang
aneh peristiwa dialami
dipanggil suara merayu
dihidang cangkir enak minuman
dipandang tanah subur hati berkenan

Dikhabar rahsia sebalik keganjilan
andai ditoleh panggilan suara
kan hanyut semua dalam dunia
cangkir susu yang disantap
pilihan fitrah tuntutan nurani
putih mulus dan suci wadah
tanah subur tertarik hati
tanah mastautin dan maqam nanti

Satu malam yang dilewati
jauh jarak di muka bumi
petala langit jua diterokai
segala dialami terus diperi
gilalah siapa yang percaya
ceritanya amat luarbiasa
walau dengan dalil nyata
mustahil pada akal kita

Terpahat di tugu sejarah
sahabat setia terima segala
tiada ragu, tiada sanggah
pelik dan benar peristiwa
momentum gerakan dakwah
wadah sempurna dan diredha

( Karya As Syramy
)

**********
- Puisi Israk Mikraj dapat di sini .


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Tuesday, June 28, 2011

Panglima Bahasa

Teringat kembali awal tahun 2000 an . Kami bersiar siar di KLCC . Mercu tanda Malaysia yang cukup gah ketika itu . Satu atmosfera bumi tahu akan KLCC . Semua orang ingin ke KLCC . Ada yang nak melawat kedai setan . Ada yang nak makan kepsi kat situ . Tak kurang juga ada yang nak bercanda depan air pancut KLCC . Tapi video 'dia pilih KLCC dowh' tak wujud lagi . Pelakon tu masih menyusu badan agaknya.

Suasana hari tu tenang permai . Harmoni . Aman damai . Tiada kes ragut . Tiada perhimpunan haram . Jauh sekali kes simbah asid . Sedang asyik kami berjalan . Tiba tiba kelihatan susuk tubuh seorang panglima Melayu . Umurnya sudah melangkaui separuh abad . Fizikalnya tampak sedikit lesu tetapi semangatnya tidak pernah luntur ditelan zaman . Beliau seorang yang bercita cita tinggi . Beliau seorang ilmuwan . Beliau seorang pemikir . Beliu seorang yang dihormati seantero pelosok . Tanpa beliau mungkin bala bencana menanti tamadun kita .

Dengan tersipu sipu malu kami berjalan mendekati panglima bahasa itu . Lalu menyapanya dengan senyuman dan salam ikhlas . Secangkir senyuman manis dibalas beliau . Ramah orangnya . Kata katanya penuh pengalaman . Terkesima kami . Sesekali kelihatan beliau mengusap janggut putihnya . Itulah yang istimewa tentang Dato' A Samad Said .


******************
- gambar diambil di sini .
- biografi pejuang boleh baca di sini .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Minggu Sastera Blog Ini


Berkata Dato' Shahnon Ahmad.


Itu adalah kata yang kaya makna . Kata yang terselit unsur harafiah . Kata yang mampu menjadi unggun perjuangan yang marak . Kata yang releven selagi peradaban bangsa itu mekar . Kata yang menentukan cakna kehidupan generasi dekad yang kemudian .

Sastera itu luas sifatnya . Seluas galaksi bima sakti mungkin . Tiada manusia tahu sempadan sastera secara terperinci kerana akal manusia itu juga bersempadan . Sastera itu sendiri bukan sekadar novel mahupun sajak sahaja . Sastera itu seni kata . Seni kata yang mampu mengagungkan pemikiran tamadun . Seni kata yang menjadi teknologi komunikasi . Seni kata yang menjadi pengangkutan dakwah . Dalam badan sastera itu sendiri telah diisi zat zat kebaikan dan organ organ keinsafan yang sihat . Indahnya sastera itu kan .


***************

Ulasan diatas hanya pandangan diri ini..sekian

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Menambat Rakit

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak puntakdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..

~A. Samad Said (1985 )

- rujuk di sini


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Friday, June 24, 2011

Bukan Bahasa Tubuh Wanita Sahaja

Hah..apa ?? Lu tanya bila gua nak buat entri pasal wanita . Lu ingat gua power sangat pasal wanita ni . Gua bukan pakar dalam bidang bidang macam ni .

Tapi .

Kalau lu orang nak mungkin gua boleh ulas sikit sikit . Kalau tak betul jangan nak marah marah . Jangan pulak lu orang nak BERSIH belog gua . Mana gua nak tulis lepas nih . Kan .

Mengikut sejarah gua tak arif sangat pasal wanita . Gua sendiri masih memahami keunikan dan kekomplikated bujur bujur tubuh yang bernama wanita ini . Bagi gua sifat wanita itu sendiri sukar difahami mahupun untuk dijangkakan . Lain wanita lain lembutnya . Gua dengar orang kata ' Disebalik kejayaan seorang lelaki akan ada seorang wanita yang menjadi tulang belakangnya' . Itu orang kata . Bagi gua lelaki dan wanita saling bersandaran . Harus dilayan dan melayan sama baik dan adil .

Wanita dipandang daripada pelbagai sudut dan perspektif . Lain orang lain pandangannya . Ada yang pandang pada tutur kata , ada yang pandang pada agama dan tak kurang ada yang pandang pada susuk tubuh sahaja . Ikut selera masing masing lah . Buat yang mana suka tapi ingat batas agama juga . Gua pon kadang kadang terlupa juga . Mungkin kita boleh sama sama berubah . Kan .

Kesempatan ni mungkin gua boleh ulas sikit sikit pasal cara cara lelaki uji wanita . Gua pun tak tahu apasal gua minat sangat nak tulis ni . Mungkin ni salah satu cara perkongsian ilmu jugak . Nak tulis pasal bahasa tubuh wanita yang menjadi perhatian lelaki memang tak dapat la . Itu bukan minat gua . Ingat tu . Bukan minat gua .

1. Lelaki suka uji tahap kematrealistikan wanita dengan memberi hadiah murah ataupun bawa makan di gerai gerai tepi jalan . Itu hanya ujian . Wanita jangan cepat melenting . Kang makan pelempang buta buta .

2. Lelaki suka uji tahap kecemburuan wanita dengan memperkenalkan wanita kepada bekas kekasihnya atau menghubungi bekas kekasih di depan wanita . Itu hanya ujian . Jangan terus bagi penampar dekat lelaki . Tak manis dipandang .

3. Lelaki suka uji tahap kesetiaan wanita dengan pergi melancong atau melencong seorang diri tanpa khabar berita atau mesej di henpon . Itu hanya ujian . Harap wanita bersabar .


***************
nota kaki :
- Itu hanya pandangan gua . Harap jangan ada pihak yang melenting . Kita sama sama pikir ok.
- Itu hanya antara ujian ujian lelaki . Gua bagi contoh ja . Nak yang lain pikir .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Main Bola Atau Gosip Siti

Semalam gua ada luangkan masa tengok game pasukan Olimpik Malaysia . Gua harap sangat dapat tengok bayangan skuad Olimpik 1980 berulang kembali dalam game semalam . Mungkin ada bayangan 'Hassan membawa bola dan melorongkan kepada James ' sekali lagi . Gua menanti penuh debar . Setiap sudut televisyen gua perati . Ais kacang pasar malam gua tolak tepi dulu . Bihun sup pun dapat nasib yang sama .

Minit ke 9 Malaysia menjaringkan gol . Gua steady . Tak mahu bersorak lebih lebih . Malam jumaat kena jaga adab lebih sikit . Gua tengok Gurusamy main ok macam Song . Tak gelabah sangat . Gua rasa harga dia malam tu boleh sampai 5 juta . Muslim pulak kebal macam Vermaelen . Buat muka ganas macam Jai KL Gangster sikit sampai mamat Lubnan tu tak berani nak kejip mata kat dia . Gua tak pasti harga dia dah sampai berapa juta malam tu .

Minit ke 41 gua dapat tengok antara jaringan terbaik pasukan Malaysia . Gabungan visi, teknik, ketepatan hantaran, disiplin dan keazaman yang tinggi membolehkan Wan Zack Haikal menjaringkan gol kedua Malaysia . Gua rasa bangga . Jarang jarang dapat tengok gol macam tu sekarang ni . Gua semakin semangat nak tengok bola sepak acuan Malaysia . Semangat yang dah lama ada tapi kerap kali terkubur .

*********

Gua ingat lagi semangat tu pernah muncul pada tahun 1998 di mana Pulau Pinang muncul juara liga perdana pada masa tu . Kalau pi stadium Bandaraya pon memang ramai orang . 'Haria Penang Haria' sebati dalam diri gua . Mulut acap kali melaungkan kata keramat tu tanda bagi semangat . Ada satu masa tu gua pi stadium Bandaraya gua nampak Karl Heinz Weigang jurulatih Perak masa tu . Gua sempat jelir lidah dekat dia dan terus keluar beli air . Gua rasa nak bagi middle finger tapi tak manis pula . Gua baru darjah 4 masa tu dan kena praktik adab adab sopan yang gua belajar dalam kelas agama . Jadi gua lupakan niat buruk tadi .

Klimaks semangat tahun 1998 berlaku depan televisyen . Gua tak pi stadium sebab game malam tu Pulau Pinang lawan Selangor kat Shah Alam . Jauh . Lepas mengaji gua terus balik rumah cepat cepat . Sempat jugak gua bedal milo dua gelas . Gua lepak depan tv dengan abah dan adik gua . Malam tu banyak kali gua berdoa bagi Pulau Pinang menang sebab nak jadi juara liga . Budak budak punya doa memang macam tu sikit .

Masa second half game masih terikat 1 - 1 . Gua lupa sapa yang score sebab ingatan gua lemah sikit masa tu . Zaman tu tak kenal vitamin kuatkan otak lagi . Gua jangka malam tu habis dengan penalti tapi jangkaan gua meleset . Merzagua Abderrazak nama yang tak asing lagi dalam era bola sepak Dunhill Malaysia menjaringkan gol kemenangan . Dia punya hebat Merzagua ni gua tak mampu nak ulas lebih . Makcik makcik tak minat bola yang suka gosip gosip Siti pon kenal dia . Merzagua beat Azlisham Ibrahim keeper Selangor malam tu dan Pulau Pinang sah juara . Pehh, gua menangis sikit tapi kaver kaver dengan bantal . Gua harap sangat ada player Malaysia macam dia . Kalau dia memang player tempatan lagi bagus . Tapi sayang dia pemain import masa tu .

Cari sendiri Merzagua yang mana satu


*********

Lepas gua habis stim ingat 1998 tu Lubnan pulak score . Gua ingat mamat tu tak pandai nak tanduk bola tinggi . Asyik nak gelecek sampai dalam pintu gol ja . Rupanya dia pandai tanduk jugak . Dia da maju sikit agaknya .

Tahniah team Malaysia sebab menang semalam . Jangan hampakan kami lagi . Kami tetap sokong anda . Walaupun jika Astro dan tv kerajaan tak mahu tayang siaran langsung bola sepak lepas ni tapi kami sebagai peminat akan tetap mahu menonton persembahan anda . Mungkin peristiwa kumpul duit untuk tonton bola sepak piala dunia 1986 akan berulang kembali tapi kami tetap akan lakukan yang sama untuk anda sekiranya anda layak ke Olimpik .

************

Nota di kaki :

- kalau gua silap pasal tahun 1998 tu tolong betulkan gua . Biasalah memori budak budak lagi .
- Mintak maaf sebab gua selalu jugak kutuk kutuk team Malaysia . Tapi kira halal lah .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Wednesday, June 22, 2011

Sembunyi atau Kejutan

Masa bawak kereta pagi tadi gua layan satu radio nih . Radio nih femes jugak . Dia punya DJ ok . Tak bual bangang bangang . Jadi gua rasa rating 7/10 sesuai untuk beliau . Layan punya layan tiba tiba gua dengar cerita yang kurang enak untuk halwa telinga kaum Adam . Marsha Milan Londoh sudah kawen . Gua pelik macam mana ada Milan kat tengah nama dia . Mungkin dia lahir kat Milan atau Bapak dia peminat fanatik AC Milan . Ahh , itu hanya teori pagi gua . Dan gua paling musyikil bila dia kawen dan siapa jantan tu . Gua lagi minat Nasha Aziz tapi saja nak tahu cerita artis artis tempatan lain . Asyik layan artis global ja . Muak jugak rasa . Marsha kata dia sengaja kawen diam diam dan bukan niat nak sembunyi tapi saja nak bagi kejutan . Gua amat tak paham klausa 'sembunyi' dan 'kejutan' yang digambarkan beliau . Ahhh, mungkin dunia artis penuh dengan klausa sedemikian . Jadi gua malas nak pikir lebih lebih .

Gua bila dengar cerita pasal orang lain mesti gua nak kaitkan dengan diri sendiri . Itu cara gua muhasabah diri . Mungkin Marsha ni ada alasan sendiri untuk 'sembunyi' dan 'kejutan' beliau . Sama la macam gua yang selalu sembunyikan result exam . Alasan gua saja nak buat kejutan di lain hari . Kalau result dah macam gampang tak kan la gua ada hati nak tunjuk . Tak pasal pasal mak gua dapat sakit jantung . Jadi bila keluar result mesti gua akan sembunyikan slip tu . Bila mak gua tanya bila result keluar gua akan pura pura baca kamus dewan . Kalau mak gua tanya lagi gua jawab nanti ada la kejutan sikit sikit . Kalau mak gua tanya lagi gua akan terus pegi dapur tolong mak gua masak . Sebenarnya gua tolong tengok . Gua bukan pandai masak sangat macam Chef Wan takpon Jamie Oliver tu .

Gua pon tak tahu sampai bila gua nak sembunyikan result tu . Hanya Tuhan saja yang tahu =)


***********

Hari ni gua takdak selera lagi nak ulas pasal Pulut (entri sebelum ni ) . Bukan apa . Gua ada hantar emel kat artis artis barat macam Brad Pitt, Obama, Maria Sharapova dan Maria Oza tanya pendapat diorang pasal kehebatan pulut . Tapi sampai sekarang diorang tak bagi feedback . Harap semua bersabar.

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Monday, June 20, 2011

Hubungan Intim Abe Pul Dan Cik An

Hari ni gua selera nak cerita pasal makan makan . Sejak kecik lagi gua suka makan . Kalau satu hari tak makan otomatik gua akan meracau . Meracau gua ni lain macam sikit . Tahap sederhana punya meracau . Meracau pesen ni memang selalu jadik kalau perut berkeroncong . Tambah tambah kalau taim bulan puasa . Dia punya meracau tu memang memang lain macam sikit . Kena kautim dengan nasi campur waktu tengah hari baru hilang sikit penangan meracau ni . Susah kan .

Sejak gua berkecimpung dalam arena makan makan ni , gua punya top ten peberet konpem konpem pulut durian . Kalau musim durian memang mak gua akan masak pulut buat makan dengan durian . Kata orang lama lama kalau makan durian mesti ada pulut sebagai regu . Kalau ratah durian saja tak rasa nikmat hidup . Orang kata bukan gua kata . Gua tak ilmiah sangat nak keluarkan teori pemakanan . Gua bukan pandai macam dafi .

Benda asas dalam pembuatan pulut durian mestilah durian itu sendiri . Kalau tiada anatomi durian masakan wujud nama pulut durian . Ye dak . Kalau nak beli durian tu mesti beli yang terbaik . Maksud terbaik kat sini merangkumi buah yang banyak isi, gebu serta molek dipandang, kaler kuning kuning terang dan harga yang murah . Saiz buah itu optional . Kalau beli yang besar tapi isi macam setan tak guna jugak . Nak cari buah yang murah dan elok kita kena tahu sejarah buah durian . Kita kena rujuk buku buku lama mahupun hikayat hikayat lama yang menceritakan tentang kehebatan durian itu sendiri . Faktor penjual juga penting bagi jatuh bangun harga durian . Lagi bagus kalau yang jual tu gadis kiut . Bukan apa, senang nak mintak diskaun dua puluh persen . Untung untung dia selit nombor telipon kat celah kulit durian tu . Rezeki tu . Haaaaaaa

Gua sebenarnya nak sambung cerita pasal apa itu pulut sebenarnya . Macam mana pulut berhibernasi . Taraf pendidikan pulut . Kehebatan pulut pada pandangan barat . Tapi mata gua dah rabak . Jadi lain kali gua sambung cerita macam mana Abang Pul ni boleh mengorat Cik An lalu menghasilkan sejenis makanan yang sinonim dengan dunia Melayu itu sendiri.

Selamat malam.


Gambar hiasan . Tiada niat mahu mengganggu selera awam .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Friday, June 17, 2011

Sate Kambing Yang Jarang Jarang

Hari ni gua orgasm sikit nak tulis pasal henpon . Bukan apa sedara sedari . Ni pon sebab tertinggal henpon pagi tadi . Babi betol . Sedap sedap bawak moto ombak seratus baru gua ingat henpon ada celah katil lagi . Runsing kepala kalau kalau nasha aziz mesej nanti memang tak balas la . Konpem nasha aziz merajuk . Gua bukan seth tan pandai nak pujuk pujuk . Gua jenis keji sikit .

Tiba tiba gua rasa dunia jadi gelap . Sayup sayup kedengaran bunyi angin . Lepas tu bunyi angin lagi . Lepas tu pon bunyi angin lagi . Lagi lagi bunyi angin . Nak jugak gua dengar bunyi nada dering lagu awan nano nano . Tapi apakan daya . Gua insan lemah . Tiada henpon sebagai peneman . Kan .

Bila henpon tak wujud kat sisi ni mula la gua nak sandarkan pada kenangan . Mula la tangan rasa gatal nak mesej mesej . Masa ada henpon pon bukan mesej sangat pon inikan pulak nak undi amir maharaja lawak . Simpang malaikat empat puluh empat . Nak pulak gua buat kerja undi undi nih . Kurang pedoman gua rasa .

Gua suka hantar mesej mesej ngeri . Tu tabiat yang tak boleh nak buang . Gua rasa mesej mesej tu memang selalu buat penerima kena histeria lantas rasa nak bunuh diri . Gua suka . Kat bawah ni gua nak payung contoh contoh mesej ngeri gua . Yang selalu dapat tu tahniah la . Yang tak pernah dapat mungkin ada rezeki nanti .

1. Weh..kelas kat mane dok ??? - setiap hari gua hantar.
2. Sapa da siap esemen ??..pinjam sat nak salin . - masa kritikal saja.
3. Ayam penyet jum..kul 9..bole ushar kakak kakak pinang :)
4. Tengok bola kat ayub jum..bole shisha shisha - gua syak hafiz slalu dapat.
5. Main bola tak petang ni ?? - mesej khas untuk sahabat asal dari sarawak.
6. Futsal jum kat k11 kul 10..- selalu ramai yang dapat kan.
7. Sate kambing kat lokman jum..sate terbaek.

InsyaAllah, jika ada rezeki nanti mungkin lebih banyak mesej ngeri akan menghantui hidup hidup semua orang..Tahniah !!

- OK . yang nombor tujuh tu gua sengaja tambah . Jarang jarang gua tulis mesej tu.

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Thursday, June 16, 2011

Buat Ringan Ringan Dulu

Buat ringan ringan dulu . Maksud gua kat sini pasal entri untuk blog ni . Bukan ada maksud yang bukan bukan . Gua bukan suruh sedara sedari imaginasi apa apa . Gua cuba bagi maksud yang paling ringan dalam penyampaian yang sedikit berat . Itu sahaja . Tiada niat tersembunyi seperti yahudi . Jangan risau sedara sedari .

Bukan apa . Gua sebenarnya ' hijau ' lagi dalam arena penulisan nih . Nak kata tak pernah menulis sebelum nih nampak sangat yang gua bengap kan . Masa SPM dulu ada menulis jugak tapi itu tulis tipu tipu la dalam periksa . Ahhh, Gua bukan ikhlas sangat nak jawab masa tu . Asyik memikir benda bukan bukan ja . Kalau tak maria mungkin marlboro .

Pada pandangan mata kasar gua untuk entri yang awal awal ni tak payah lah nak tulis pasal topik yang berat berat sangat . Cukup sekadar yang mudah dihadam semua pengunjung . Kalau nak tunggu gua buat review pasal filem kotak pejabat, nak bahan bahan ahli politik yang cakap putar alam atau buka cerita pasal skandal abas saad si kaki rasuah mungkin lain kali kot . Ingat tu . Mungkin lain kali kot . Sekarang gua tak berapa nak selera lagi petik petik nama orang ni . Belum sampai masa gua jadi ' kuning ' sikit . Hargh Hargh


***

Dan jangan harap gua nak buat review pasal ending nora elena yang pakai baju oren dua sejoli . Jangan harap .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Dua Ribu Sebelas Tahun Pelik Pelik

Dua Ribu Sebelas .

Tahun ini memang pelik sikit . Dari awal tahun puas gua pikir . Sampai tengah tahun ni pun gua pikir lagi . Sekarang pun gua pikir lagi . Benda apa la yang gua tengah pikir ni . Gua dah mula pelik . Mungkin seumur hidup gua tak boleh lari daripada berpikir. Dari kecik sampai besar gua dah kena rasuk dengan semangat berpikir nih . Peh, punya la hebat tabiat berpikir nih.


Lu orang ada nampak burung kat belakang tu makan pakai camca dengan garpu dak ???..dah puas gua pikir tadi..Pelik !!

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam