Saturday, August 6, 2011

Kutu Tak Puasa

Lima hari lepas gua dapat tender baru, buat puisi pasal kutu kutu yang suka ponteng puasa . Tender ni amat berat dan sarat dengan dugaan. Walaupun gua pernah ambik port dalam kegiatan ni waktu dulu kala tapi terasa amat perit juga untuk mengarang . Sesekali tersentap iman di dada . Mengenang zaman lampau untuk dijadikan isi sungguh mencabar . Lebih mencabar daripada daftar mengundi . Pehhhhh .


Plastik Hitam Itu

Hati hitam ini
Terkandung beribu
Alasan duniawi
Tiada malu
Mereka berdiri
Berkiblat mamak
Tanpa nawaitu
Lillahi Taala

Plastik hitam itu
Penyorok kesedapan
Hidangan tak berdosa
Ayam kepak
Sayur sedikit
Kuah campur
Pengenyang serakah
Mereka semua

Plastik hitam itu
Menyembunyikan
Minuman tak bersalah
Sirap limau
Teh ais
Kopi ais
Penghilang perit
Mereka semua

Plastik hitam itu
Bersesak sesak kotak
Senjata yahudi
Dunhill fine cut
Marlboro soft pack
Winston light
Pembekal nikmat
Perosak hidup
Mereka semua

Hati hitam itu
Plastik Hitam itu
Mamak hitam itu
Bersatu
Dalam api hitam
Marak menyala

Bersama sama
Di azab
Di seksa
Beribu tahun
Sebagai balasan
Setimpal laku
Mencabul tuntutan
Mulianya Ramadhan


- Gambar atas ni hiasan sahaja . Dikatakan kebanyakkan kedai mamak senang nak kautim .
- Puisi ni ditacap oleh brader sarip waktu subuh tadi untuk melebihkan elemen kesyaitonan .
- Tender puisi dibagi oleh matpon . Gua harap dia puasa penuh tahun ni seperti tahun sebelumnya .
- Scene puisi hanya untuk kaki kaki kedai mamak sahaja . Kalau kaki mekdi tahun depan gua karang .
- Gua harap kutu kutu kat luar sana boleh muhasabah diri . Pesanan kepada diri dan juga member member yang mengenali diri ini .
- Selamat Hari Raya...jemput datang rumah.eh


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Yuran Bukan Percuma

Selepas tiga tahun belajar di salah satu institusi pengajian tinggi yang digembar gemburkan sebagai universiti terbaik di tanah air ini , gua rasa berahi untuk menukilkan satu puisi pasal universiti ini . Setelah mengambil kira pelbagai aspek sensitiviti maka wujudlah puisi yang bertemakan yuran pengajian . Bagi gua puisi ni tiada elemen asshole dan diharap tiada pihak yang cuba mengkontroversikan atau mempolitikkan puisi ini . Ingat tu .


Yuran Semester

Yuran dibayar mahal
Bukan untuk saman bersepah
Sekali salah terus melayang

Yuran dibayar mahal
Bukan untuk bonggol bercambah
Sekali lalu terangkat punggung

Yuran dibayar mahal
Bukan untuk wifi sesiput
Sekali guna menyesal seketika

Yuran dibayar mahal
Bukan untuk 400 km batasan bas
Sekali sewa driver buat kepala

Yuran dibayar mahal
Bukan untuk tar berlubang
Sekali masuk parah merana

Yuran dibayar mahal
Tetapi aku tetap bayar walaupun mahal
Kerna sayang akan ilmu dan universiti


- Gambar bangunan sekadar hiasan .
- Gua kena buat kerja dulu . Ada masa nanti gua publish puisi pasal kutu tak puasa .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Friday, August 5, 2011

Hisap Gam Dok.

Entri lepas gua ada janji nak kongsi karya brader omar rojik kan . Jadi kali ni gua tunai janji gua . Kalau tak tunai janji nanti berdosa pulak . Manusia dipegang janjinya kata rakyat Malaysia tapi sekarang ni gua tengok belia belia suka pegang yang bukan bukan . Memang sukar dijangka .

Karya ni mengisahkan kutu kutu yang suka hisap gam . Dikatakan kecik kecik dulu mereka suka hisap nenen jadi sampai besar tabiat tu tak dapat di buang . Jadi mereka teruskan tabiat tu dengan menggunakan gam pulak . Modus operandi masih sama tetapi yang baru hanyalah barang gam itu sendiri . Tak kiralah gam cap koboi, cap ayam mahupun cap beskal sekalipun semua boleh tangkap lalok . Yang penting boleh layan sampai otak . Chill .

Celaka apa gua mengarut pasal gam nih .


buat sahabat


dimatanya....

merenung setajam belati

merobek ke dasar hati

kian membakar kalbu ini

rasa jelak kian menghimpit diri

atas jatuhnya lirik pada plastik jernih digenggamnya kemas di jari


namun dimatanya....

panahnya lirikan tiada bertemu sasaran

tercetus simpati yang sengaja ditahan

atas berang lebih merajai perasaan

dikala dirinya sengaja menjauhi pedoman fikiran

dibantu plastik jernih tergenggam erat di tangan


di akalnya

waras semakin terhimpit kandas di gelanggang sendiri

diserang soldadu plastik yang berani memegang kendali

masalah kini kian jauh ditendang

diganti ilusi semakin berdendang

waras fikiran mandul tiada berkumandang


dimataku...

melankolik sungguh jiwa ku rasa

saat sahabat berputus asa

dengan qada dan qadar Maha Pencipta

mencampak diri ke lembah hina

ingin menasihat tiada guna

doa dititip mohon dimakbulkan-Nya

semoga sinar kau jumpa dihujung sana

campak sahaja plastik di tangan

kuatkan iman diulang jangan

saat fikiran menghampar landasan

jauhi gam pembinasa badan...


- Gambar hiasan . Bukan gambar gua . Bukan gambar member gua .
- Gua rasa nak buat puisi pasal yuran belajar pulak . Hehe

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Thursday, August 4, 2011

Mencari Zaujah

Adam diciptakan untuk Hawa dan Hawa diciptakan untuk Adam . Itu lumrah . Jangan disangkal . Kalau ada spesis yang suka sama jantina itu bangang . Gua tak tahu nak kata apa lagi . Syahwat songsang agaknya . Mungkin kena ekjas balik kompas seksual baru orientasi seksual kembali normal . Mungkin la . Gua bukan pakar seksualiti nak bagi penjelasan anatomi mahupun genetikal spesis songsang . Gua harap mereka berubah .

Maaflah kalau mukadimah agak songsang daripada biasa . Tujuan gua menulis malam ni sebenarnya untuk berkongsi satu puisi yang gua karang buat kaum kaum pemuda yang sedang ataupun akan mencari calon isteri untuk dijadikan teman sehidup semati . Puisi ini tiada kaitan dengan kisah nora elena adik sam bangfes mahupun kisah pertunangan apek dan gadis jejari . Oh ya , semoga apek dan gadis jejari tabah menghadapi ranjau di bumi bertuah ini . Abaikan cakap cakap biutipoolnara ataupun media media lain kerana hanya kalian berdua,keluarga terdekat dan Allah sahaja tahu apa yang terjadi . Yang lain hanya berhipotesis tanpa kesimpulan yang utuh lagi sahih . Gua pon tak tahu yang mana satu benar . Kalau putus biarlah dengan cara yang baik . Kalau sambung biarlah sampai akhir hayat . Kalau nak tangkap bola tu biarlah betul betul . Jangan tengok saja macam Sharbinee . Panas betul gua dengan mamat tu . Hilang alasan gua nak bercuti kat Brazil 2014 ni .

Celaka apa gua mengarut nih .

Kembali kepada niat asal , gua harap para pemuda, syabab dan ikhwan dapat mencari isteri yang sesuai dengan citarasa masing masing serta berlandaskan syarak . Jangan memilih sangat . Jodoh di tangan Allah . Kena percaya tu .


Mencari Zaujah

Gebu paras tiada terperi
Pesona raut
Menikam kalbu
Setiap syabab serta ikhwan
Jadi kelebihan
Si dara sunti

Jangan di intai
Pada harta
Bersulam rupa
Kelak hilanglah ia
Dimamah usia
Pandanglah agama
Itu utama
Zuriat soleh dan solehah
Pewaris kita

Menjaga kemaluan
Di tatap marhaen
Bijak bercampur gaul
Mengelak mungkar
Mengatur bicara
Berpandu sempadan
Menunduk hormat
Pada yang tua
Dia model
Zaujah terpuji

Jangan di nilai
Si dara sunti
Beralas serakah
Berkiblat syaitan
Kelak merana
Seluruh semesta

Sukar ditemu
Sesempurna Khadijah
Itu cabaran
Si musafir cinta
Hanya doa dan usaha
Jadi senjata
Menuju destinasi
Mencari zaujah


- Gua jumpa gambar atas ni kat gugel . Nampak menarik dan kena dengan tema puisi . Harap tiada kontroversi . Hehe
- Puisi ni ilham gua secara tiba tiba dan tiada lebih daripada tu . Brader sarip ada tolong tacap tacap . Hehe
- Brader omar rojik ada bagi gua satu puisi pasal kutu kutu yang suka hisap gam . Ada kesempatan nanti gua kongsikan bersama . Sekian .







sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Wednesday, August 3, 2011

Penoda dan Musafir Ramadhan

Bulan Ramadhan datang lagi . Gua memang dah ready lama . Kalau ada puasa ganti memang gua dah ganti awal awal . Kalau ada la . Bulan Ramadhan bulan yang mulia . Terkandung di dalamnya sejuta satu nikmat yang Allah berikan . Bulan ni bukan sekadar mencari jubah dan ketayap buat tarawih tetapi lebih daripada itu . Gua ada karang satu puisi pasal Ramadhan tapi yang ni tak habis tacap lagi . Hehe

Musafir Ramadhan

Pabila fajar
Berkunjung megah
Tewaslah Imsak
Berlalu muram
Itu hanya
Lumrah kitaran
Dalam purnama
Ramadhan Al-Mubarak

Kompas iman
Jadi pedoman
Buat musafir
Melawan terik
Nafsu serakah
Ibadah dan niat
Menjadi sayap
Memacu diri
Menuju berjuta
Redha dan rezeki
Kurniaan Ilahi

Syaitan nirojim
Terikat berantai
Bukan bermakna
Tiada musuh
Untuk ditentang
Nafsu dan penoda
Kadang mencuba
Mencabul niat
Tulus dan suci

Tabahkan nurani
Mengejar keberkatan
Berbekal keinsafan
Kuatkan langkah
Menuju syurga
Impian semua
Musafir Ramadhan


*********
Yang ni pulak karya brader keranda . Gua tolong bagi isi kat mana yang patot . Tacap sikit saja tapi tak habis lagi . Nak kena bagi unsur syaiton tu real jadi terpaksa tacap lebih sikit . Nak buat rujukan pasal syaiton ni bukan mudah . Kena kaji dalam dalam baru dapat syaiton punya feel . Gua ada jugak rujuk kat member yang macam setan tapi tak jadi sebab bukan pure setan . Gua pun kadang kadang setan jugak . Tapi lama lama rasa nak insaf jugak .

Penoda Ramadhan

Montok dan mantap
Berselimut
Baju sendat
Tonggek dan padat
Ditutupi
Jeans ketat
Mereka ini
Duta syahwat

Terbogel aurat
Dosa sama sama
Mendapat
Pada mata
Menjamah
Juga melihat

Kalam kata
Tiada bertapis
Menyembur ucapan
Berirama fitnah
Carut marut
Maki
Herdik
Itu lirik
Penyedap melodi
Tari lidah
Si duta khabar

Syaitan di rejam
Di rantai
Tertambat
Balacinya ramai
Tenteranya
Ampuh dan kuat

Menipis pahala
Dek mata
Menebal dosa
Dek lidah
Tergoyah iman
Di dada
Dek si penoda
Ramadhan yang mulia


- Puisi 'Penoda Ramadhan' ni tak habis tacap lagi . Hehe
- Gua ada karang puisi pasal zaujah . Mungkin esok gua publish . Maaf


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam