Saturday, August 6, 2011

Kutu Tak Puasa

Lima hari lepas gua dapat tender baru, buat puisi pasal kutu kutu yang suka ponteng puasa . Tender ni amat berat dan sarat dengan dugaan. Walaupun gua pernah ambik port dalam kegiatan ni waktu dulu kala tapi terasa amat perit juga untuk mengarang . Sesekali tersentap iman di dada . Mengenang zaman lampau untuk dijadikan isi sungguh mencabar . Lebih mencabar daripada daftar mengundi . Pehhhhh .


Plastik Hitam Itu

Hati hitam ini
Terkandung beribu
Alasan duniawi
Tiada malu
Mereka berdiri
Berkiblat mamak
Tanpa nawaitu
Lillahi Taala

Plastik hitam itu
Penyorok kesedapan
Hidangan tak berdosa
Ayam kepak
Sayur sedikit
Kuah campur
Pengenyang serakah
Mereka semua

Plastik hitam itu
Menyembunyikan
Minuman tak bersalah
Sirap limau
Teh ais
Kopi ais
Penghilang perit
Mereka semua

Plastik hitam itu
Bersesak sesak kotak
Senjata yahudi
Dunhill fine cut
Marlboro soft pack
Winston light
Pembekal nikmat
Perosak hidup
Mereka semua

Hati hitam itu
Plastik Hitam itu
Mamak hitam itu
Bersatu
Dalam api hitam
Marak menyala

Bersama sama
Di azab
Di seksa
Beribu tahun
Sebagai balasan
Setimpal laku
Mencabul tuntutan
Mulianya Ramadhan


- Gambar atas ni hiasan sahaja . Dikatakan kebanyakkan kedai mamak senang nak kautim .
- Puisi ni ditacap oleh brader sarip waktu subuh tadi untuk melebihkan elemen kesyaitonan .
- Tender puisi dibagi oleh matpon . Gua harap dia puasa penuh tahun ni seperti tahun sebelumnya .
- Scene puisi hanya untuk kaki kaki kedai mamak sahaja . Kalau kaki mekdi tahun depan gua karang .
- Gua harap kutu kutu kat luar sana boleh muhasabah diri . Pesanan kepada diri dan juga member member yang mengenali diri ini .
- Selamat Hari Raya...jemput datang rumah.eh


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Yuran Bukan Percuma

Selepas tiga tahun belajar di salah satu institusi pengajian tinggi yang digembar gemburkan sebagai universiti terbaik di tanah air ini , gua rasa berahi untuk menukilkan satu puisi pasal universiti ini . Setelah mengambil kira pelbagai aspek sensitiviti maka wujudlah puisi yang bertemakan yuran pengajian . Bagi gua puisi ni tiada elemen asshole dan diharap tiada pihak yang cuba mengkontroversikan atau mempolitikkan puisi ini . Ingat tu .


Yuran Semester

Yuran dibayar mahal
Bukan untuk saman bersepah
Sekali salah terus melayang

Yuran dibayar mahal
Bukan untuk bonggol bercambah
Sekali lalu terangkat punggung

Yuran dibayar mahal
Bukan untuk wifi sesiput
Sekali guna menyesal seketika

Yuran dibayar mahal
Bukan untuk 400 km batasan bas
Sekali sewa driver buat kepala

Yuran dibayar mahal
Bukan untuk tar berlubang
Sekali masuk parah merana

Yuran dibayar mahal
Tetapi aku tetap bayar walaupun mahal
Kerna sayang akan ilmu dan universiti


- Gambar bangunan sekadar hiasan .
- Gua kena buat kerja dulu . Ada masa nanti gua publish puisi pasal kutu tak puasa .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Friday, August 5, 2011

Hisap Gam Dok.

Entri lepas gua ada janji nak kongsi karya brader omar rojik kan . Jadi kali ni gua tunai janji gua . Kalau tak tunai janji nanti berdosa pulak . Manusia dipegang janjinya kata rakyat Malaysia tapi sekarang ni gua tengok belia belia suka pegang yang bukan bukan . Memang sukar dijangka .

Karya ni mengisahkan kutu kutu yang suka hisap gam . Dikatakan kecik kecik dulu mereka suka hisap nenen jadi sampai besar tabiat tu tak dapat di buang . Jadi mereka teruskan tabiat tu dengan menggunakan gam pulak . Modus operandi masih sama tetapi yang baru hanyalah barang gam itu sendiri . Tak kiralah gam cap koboi, cap ayam mahupun cap beskal sekalipun semua boleh tangkap lalok . Yang penting boleh layan sampai otak . Chill .

Celaka apa gua mengarut pasal gam nih .


buat sahabat


dimatanya....

merenung setajam belati

merobek ke dasar hati

kian membakar kalbu ini

rasa jelak kian menghimpit diri

atas jatuhnya lirik pada plastik jernih digenggamnya kemas di jari


namun dimatanya....

panahnya lirikan tiada bertemu sasaran

tercetus simpati yang sengaja ditahan

atas berang lebih merajai perasaan

dikala dirinya sengaja menjauhi pedoman fikiran

dibantu plastik jernih tergenggam erat di tangan


di akalnya

waras semakin terhimpit kandas di gelanggang sendiri

diserang soldadu plastik yang berani memegang kendali

masalah kini kian jauh ditendang

diganti ilusi semakin berdendang

waras fikiran mandul tiada berkumandang


dimataku...

melankolik sungguh jiwa ku rasa

saat sahabat berputus asa

dengan qada dan qadar Maha Pencipta

mencampak diri ke lembah hina

ingin menasihat tiada guna

doa dititip mohon dimakbulkan-Nya

semoga sinar kau jumpa dihujung sana

campak sahaja plastik di tangan

kuatkan iman diulang jangan

saat fikiran menghampar landasan

jauhi gam pembinasa badan...


- Gambar hiasan . Bukan gambar gua . Bukan gambar member gua .
- Gua rasa nak buat puisi pasal yuran belajar pulak . Hehe

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Thursday, August 4, 2011

Mencari Zaujah

Adam diciptakan untuk Hawa dan Hawa diciptakan untuk Adam . Itu lumrah . Jangan disangkal . Kalau ada spesis yang suka sama jantina itu bangang . Gua tak tahu nak kata apa lagi . Syahwat songsang agaknya . Mungkin kena ekjas balik kompas seksual baru orientasi seksual kembali normal . Mungkin la . Gua bukan pakar seksualiti nak bagi penjelasan anatomi mahupun genetikal spesis songsang . Gua harap mereka berubah .

Maaflah kalau mukadimah agak songsang daripada biasa . Tujuan gua menulis malam ni sebenarnya untuk berkongsi satu puisi yang gua karang buat kaum kaum pemuda yang sedang ataupun akan mencari calon isteri untuk dijadikan teman sehidup semati . Puisi ini tiada kaitan dengan kisah nora elena adik sam bangfes mahupun kisah pertunangan apek dan gadis jejari . Oh ya , semoga apek dan gadis jejari tabah menghadapi ranjau di bumi bertuah ini . Abaikan cakap cakap biutipoolnara ataupun media media lain kerana hanya kalian berdua,keluarga terdekat dan Allah sahaja tahu apa yang terjadi . Yang lain hanya berhipotesis tanpa kesimpulan yang utuh lagi sahih . Gua pon tak tahu yang mana satu benar . Kalau putus biarlah dengan cara yang baik . Kalau sambung biarlah sampai akhir hayat . Kalau nak tangkap bola tu biarlah betul betul . Jangan tengok saja macam Sharbinee . Panas betul gua dengan mamat tu . Hilang alasan gua nak bercuti kat Brazil 2014 ni .

Celaka apa gua mengarut nih .

Kembali kepada niat asal , gua harap para pemuda, syabab dan ikhwan dapat mencari isteri yang sesuai dengan citarasa masing masing serta berlandaskan syarak . Jangan memilih sangat . Jodoh di tangan Allah . Kena percaya tu .


Mencari Zaujah

Gebu paras tiada terperi
Pesona raut
Menikam kalbu
Setiap syabab serta ikhwan
Jadi kelebihan
Si dara sunti

Jangan di intai
Pada harta
Bersulam rupa
Kelak hilanglah ia
Dimamah usia
Pandanglah agama
Itu utama
Zuriat soleh dan solehah
Pewaris kita

Menjaga kemaluan
Di tatap marhaen
Bijak bercampur gaul
Mengelak mungkar
Mengatur bicara
Berpandu sempadan
Menunduk hormat
Pada yang tua
Dia model
Zaujah terpuji

Jangan di nilai
Si dara sunti
Beralas serakah
Berkiblat syaitan
Kelak merana
Seluruh semesta

Sukar ditemu
Sesempurna Khadijah
Itu cabaran
Si musafir cinta
Hanya doa dan usaha
Jadi senjata
Menuju destinasi
Mencari zaujah


- Gua jumpa gambar atas ni kat gugel . Nampak menarik dan kena dengan tema puisi . Harap tiada kontroversi . Hehe
- Puisi ni ilham gua secara tiba tiba dan tiada lebih daripada tu . Brader sarip ada tolong tacap tacap . Hehe
- Brader omar rojik ada bagi gua satu puisi pasal kutu kutu yang suka hisap gam . Ada kesempatan nanti gua kongsikan bersama . Sekian .







sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Wednesday, August 3, 2011

Penoda dan Musafir Ramadhan

Bulan Ramadhan datang lagi . Gua memang dah ready lama . Kalau ada puasa ganti memang gua dah ganti awal awal . Kalau ada la . Bulan Ramadhan bulan yang mulia . Terkandung di dalamnya sejuta satu nikmat yang Allah berikan . Bulan ni bukan sekadar mencari jubah dan ketayap buat tarawih tetapi lebih daripada itu . Gua ada karang satu puisi pasal Ramadhan tapi yang ni tak habis tacap lagi . Hehe

Musafir Ramadhan

Pabila fajar
Berkunjung megah
Tewaslah Imsak
Berlalu muram
Itu hanya
Lumrah kitaran
Dalam purnama
Ramadhan Al-Mubarak

Kompas iman
Jadi pedoman
Buat musafir
Melawan terik
Nafsu serakah
Ibadah dan niat
Menjadi sayap
Memacu diri
Menuju berjuta
Redha dan rezeki
Kurniaan Ilahi

Syaitan nirojim
Terikat berantai
Bukan bermakna
Tiada musuh
Untuk ditentang
Nafsu dan penoda
Kadang mencuba
Mencabul niat
Tulus dan suci

Tabahkan nurani
Mengejar keberkatan
Berbekal keinsafan
Kuatkan langkah
Menuju syurga
Impian semua
Musafir Ramadhan


*********
Yang ni pulak karya brader keranda . Gua tolong bagi isi kat mana yang patot . Tacap sikit saja tapi tak habis lagi . Nak kena bagi unsur syaiton tu real jadi terpaksa tacap lebih sikit . Nak buat rujukan pasal syaiton ni bukan mudah . Kena kaji dalam dalam baru dapat syaiton punya feel . Gua ada jugak rujuk kat member yang macam setan tapi tak jadi sebab bukan pure setan . Gua pun kadang kadang setan jugak . Tapi lama lama rasa nak insaf jugak .

Penoda Ramadhan

Montok dan mantap
Berselimut
Baju sendat
Tonggek dan padat
Ditutupi
Jeans ketat
Mereka ini
Duta syahwat

Terbogel aurat
Dosa sama sama
Mendapat
Pada mata
Menjamah
Juga melihat

Kalam kata
Tiada bertapis
Menyembur ucapan
Berirama fitnah
Carut marut
Maki
Herdik
Itu lirik
Penyedap melodi
Tari lidah
Si duta khabar

Syaitan di rejam
Di rantai
Tertambat
Balacinya ramai
Tenteranya
Ampuh dan kuat

Menipis pahala
Dek mata
Menebal dosa
Dek lidah
Tergoyah iman
Di dada
Dek si penoda
Ramadhan yang mulia


- Puisi 'Penoda Ramadhan' ni tak habis tacap lagi . Hehe
- Gua ada karang puisi pasal zaujah . Mungkin esok gua publish . Maaf


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Tuesday, July 26, 2011

Senyuman Muda

Agak lama gua tak masuk puisi baru kat sini . Bukan apa, sekarang ni gua bizi nak cari jubah dengan ketayap . Bulan Ramadhan dah nak kunjung tiba . Jadi lebih manis kalau gua mula dekatkan diri dengan masjid . Lepas baca puisi ni lu bagi la sendiri tema yang sesuai . Kalau gua suka tema tu lu boleh claim hadiah kat gua . Serius .

Senyuman Terakhir

Kala hening
Aku Berdiri
Getar tubuh
Berombak rindu
Mengintai malam
Menginjak subuh
Menunggu beduk
Mengherdik pagi

Tiada gembira
Mencoret hati
Hanya gundah
Menyulam hati
Sampai kapan
Aku menanti
Kau pulang
Menawan diri

Senyuman terakhir
Menjadi saksi
Bingkis doa
Melarut harapan
Agar engkau
Selamat kehidupan

Di hari yang satu
Apa mungkin
Kita menyatu
Untuk saling
Mengucap rindu
Pada kasih
Milik kau dan aku




- puisi nukilan gua dan brader keranda tolong tacap bagi lebih setail.


**********

Okeh . Yang ni pulak karya terbaru brader keranda . Puisi kemasyarakatan pasal buang bayi . Gua rasa sebak juga bila baca . Tapi tak la sampai keluar air mata . Serius nih . Lu orang cuba hayati baris demi baris . Semoga kita sama sama muhasabah diri . Aiseh .


Muda Mudah

Siulan di kiri
Siulan di kanan
Terjerat diri
Dibawa berjalan
Ditelan gelemat
Ghairah malam
Tanggung perit
Sembilan bulan

Pujuk rayu
Jadi makanan
Keluh kesah
Jadi mainan
Sejoli syaitan
Betina dan jantan

Perih rintih
Betina muda
Berahi sebelum
Tibanya masa
Pada henjutan
Si jantan gila

Rahim muda
Bersemai benih
Sembilan bulan
Berpeluh jerih
Di kaki lima
Kau tinggalkan
Bungkusan suci
Merengek sedih

Betina muda
Tiada kisah
Jantan gila
Tiada endah
Pada bungkusan
Di buat mudah
Berbinkan
Abdullah

Tempat kau
Di sekolah
Tempat kau
Di dapur rumah
Harga diri
Kau letak rendah
Mahkota anugerah
Kau biar punah
Pada nikmat
Picisan murah

Kau muda
Tapi kau mudah
Kau muda
Tapi kau
Murah



- semuga lu orang tangkap sebak . Fuhhhh

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Saturday, July 23, 2011

Kenapa Mungkin Bila Jauh Nanti Cinta Matematika


Gua pon tak tahu apahal tiba tiba gua karang puisi macam ni . Mungkin ada insan insan yang bukan sebahagian daripada ahli iluminati cuba menghasut gua supaya buat puisi manis ala dafi . Mungkin la .


Kenapa Mungkin


Aku rasa hadirmu
Mungkin kau rasa hadirku

Aku rasa getarmu
Mungkin kau rasa getarku

Aku ikut langkahmu
Mungkin kau ikut langkahku

Aku tatap wajahmu
Mungkin kau tatap wajahku

Aku dengar nadamu
Mungkin kau dengar nadaku

Aku pegang potretmu
Mungkin kau pegang potretku

Aku malu denganmu
Mungkin kau malu denganku

Aku suka akan kamu
Mungkin kau juga suka aku

Tapi
Kenapa wujud mungkin
Sebelum sahih menjelma


*************
Alang alang gua singgah belog ni jadi eloklah kiranya gua kongsi karya terbaru brader keranda . Benda baik kena kongsi tak manis kalau kita simpan lama lama . Nanti tak mekar umpama seroja . Eh


Bila Jauh Nanti


Bila jauh nanti

Baris-baris kata

Garis-garis rasa

Juga seberkas

Percaya

Aku sisipkan

Bersama-sama

Lipatan cinta,

Untuk kamu

Disana.


Bila jauh nanti

Aku lukiskan

Representasi,

Untuk kamu

Setiap hari.

Bila jauh nanti

Jangan terindoktrinasi

Suara pembenci

Moga tidak inferior

Cinta dan rasa

Yang lama

Bersemadi.

Bila jauh nanti

Jangan mudah

Berintepretasi

Kerana intimi...

*******

Okeh gua rasa terpanggil nak kongsi karya pertama mungkin bagi brader Fazli . Tu bukan nama sebenar dia . Tapi gua rasa nama tu amat sesuai dengan bakat bakat yang dianugerahkan pada dia.


Cinta Matematika

1.. 2.. 3.. 4..
Ku kejar-kejar, tiada apa ku dapat

...
5.. 6.. 7.. 8..
Kian punah harapan, dalam hati jua ku simpan

9.. 10.. 11.. 12..
Sukarnya mencari cinta berbalas

13.. 14.. 15.. 16..
Akhirnya pasrah, mula diselubung malas



********
- gua rasa hobi karang puisi ni amat menarik diteroka .



sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam