Tuesday, July 26, 2011

Senyuman Muda

Agak lama gua tak masuk puisi baru kat sini . Bukan apa, sekarang ni gua bizi nak cari jubah dengan ketayap . Bulan Ramadhan dah nak kunjung tiba . Jadi lebih manis kalau gua mula dekatkan diri dengan masjid . Lepas baca puisi ni lu bagi la sendiri tema yang sesuai . Kalau gua suka tema tu lu boleh claim hadiah kat gua . Serius .

Senyuman Terakhir

Kala hening
Aku Berdiri
Getar tubuh
Berombak rindu
Mengintai malam
Menginjak subuh
Menunggu beduk
Mengherdik pagi

Tiada gembira
Mencoret hati
Hanya gundah
Menyulam hati
Sampai kapan
Aku menanti
Kau pulang
Menawan diri

Senyuman terakhir
Menjadi saksi
Bingkis doa
Melarut harapan
Agar engkau
Selamat kehidupan

Di hari yang satu
Apa mungkin
Kita menyatu
Untuk saling
Mengucap rindu
Pada kasih
Milik kau dan aku




- puisi nukilan gua dan brader keranda tolong tacap bagi lebih setail.


**********

Okeh . Yang ni pulak karya terbaru brader keranda . Puisi kemasyarakatan pasal buang bayi . Gua rasa sebak juga bila baca . Tapi tak la sampai keluar air mata . Serius nih . Lu orang cuba hayati baris demi baris . Semoga kita sama sama muhasabah diri . Aiseh .


Muda Mudah

Siulan di kiri
Siulan di kanan
Terjerat diri
Dibawa berjalan
Ditelan gelemat
Ghairah malam
Tanggung perit
Sembilan bulan

Pujuk rayu
Jadi makanan
Keluh kesah
Jadi mainan
Sejoli syaitan
Betina dan jantan

Perih rintih
Betina muda
Berahi sebelum
Tibanya masa
Pada henjutan
Si jantan gila

Rahim muda
Bersemai benih
Sembilan bulan
Berpeluh jerih
Di kaki lima
Kau tinggalkan
Bungkusan suci
Merengek sedih

Betina muda
Tiada kisah
Jantan gila
Tiada endah
Pada bungkusan
Di buat mudah
Berbinkan
Abdullah

Tempat kau
Di sekolah
Tempat kau
Di dapur rumah
Harga diri
Kau letak rendah
Mahkota anugerah
Kau biar punah
Pada nikmat
Picisan murah

Kau muda
Tapi kau mudah
Kau muda
Tapi kau
Murah



- semuga lu orang tangkap sebak . Fuhhhh

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Saturday, July 23, 2011

Kenapa Mungkin Bila Jauh Nanti Cinta Matematika


Gua pon tak tahu apahal tiba tiba gua karang puisi macam ni . Mungkin ada insan insan yang bukan sebahagian daripada ahli iluminati cuba menghasut gua supaya buat puisi manis ala dafi . Mungkin la .


Kenapa Mungkin


Aku rasa hadirmu
Mungkin kau rasa hadirku

Aku rasa getarmu
Mungkin kau rasa getarku

Aku ikut langkahmu
Mungkin kau ikut langkahku

Aku tatap wajahmu
Mungkin kau tatap wajahku

Aku dengar nadamu
Mungkin kau dengar nadaku

Aku pegang potretmu
Mungkin kau pegang potretku

Aku malu denganmu
Mungkin kau malu denganku

Aku suka akan kamu
Mungkin kau juga suka aku

Tapi
Kenapa wujud mungkin
Sebelum sahih menjelma


*************
Alang alang gua singgah belog ni jadi eloklah kiranya gua kongsi karya terbaru brader keranda . Benda baik kena kongsi tak manis kalau kita simpan lama lama . Nanti tak mekar umpama seroja . Eh


Bila Jauh Nanti


Bila jauh nanti

Baris-baris kata

Garis-garis rasa

Juga seberkas

Percaya

Aku sisipkan

Bersama-sama

Lipatan cinta,

Untuk kamu

Disana.


Bila jauh nanti

Aku lukiskan

Representasi,

Untuk kamu

Setiap hari.

Bila jauh nanti

Jangan terindoktrinasi

Suara pembenci

Moga tidak inferior

Cinta dan rasa

Yang lama

Bersemadi.

Bila jauh nanti

Jangan mudah

Berintepretasi

Kerana intimi...

*******

Okeh gua rasa terpanggil nak kongsi karya pertama mungkin bagi brader Fazli . Tu bukan nama sebenar dia . Tapi gua rasa nama tu amat sesuai dengan bakat bakat yang dianugerahkan pada dia.


Cinta Matematika

1.. 2.. 3.. 4..
Ku kejar-kejar, tiada apa ku dapat

...
5.. 6.. 7.. 8..
Kian punah harapan, dalam hati jua ku simpan

9.. 10.. 11.. 12..
Sukarnya mencari cinta berbalas

13.. 14.. 15.. 16..
Akhirnya pasrah, mula diselubung malas



********
- gua rasa hobi karang puisi ni amat menarik diteroka .



sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Sunday, July 17, 2011

Aroma Mughallazah dan Edan Kesmaran

Baru baru ni gua dengan keranda ada dapat tender baru buat puisi . Klien kacak minta kami buat puisi pasal khinzir . Ni cabaran paling hardcore gua penah dapat . Memang gila khinzir . Gua rasa ni puisi khinzir pertama yang wujud atas muka bumi yang penuh ranjau nih .


Aroma Mughallazah

ku buka mata

aroma menerpa

ku pejam mata

aroma tetap tajam

menusuk

rongga

hendak bertahan

tiada daya

ku biarkan saja

aroma berkuasa.

deru lori pagi hari

menebar pewangi

aku di belakang

dipaksa

menikmati

aroma ghairah

selimuti pagi

aroma mughallazah

menjemput marah

aroma mughallazah

aku anggap lumrah

disini,

Kampung Selamat

si comel merah jambu

terloncat loncat

gembira hatinya

dalam kandang

segi empat

ku mengherdik

ku mencaci

ku mencarut

namun

si comel masih disitu

begitu girang

tiada jemu

sungguh mughallazah

ku redha

ku pasrah

ku penat

akan aroma yang tak berpenamat...

**************

Yang ni pulak puisi terbaru karya keranda . Gua bagi buah tajuk ja . Nak bagi isi tak sempat sebab gua sibuk buat kerja bukan bukan .


Edan Kesmaran

Kesu kesi angin

Berpuput lembut

Senyum sang kesuma

Membikin hanyut

Tersepok

Aku tersudut

Dibuai khayalan

Kama menjemput.


Jumantara indah

Terpana

Jagat lena

Tiada lagi

Berbahasa.

Invasi asmara

Berkuasa

Meresap segenap

Penjuru jiwa.

Aku disini

Lemah dan lesi

Di palung hati

Terukir

Inskripsi.


Kau dan aku

Sama rela

Kau dan aku

Sama ternoda

Membiar saja

Selama-lama

Edan kesmaran

Merasuk kita.


*******

- nak buat puisi ni bukan mudah . Kena ada orientasi seksual yang kukuh baru boleh berjaya .




sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Thursday, July 14, 2011

Cinta Mumayiz

Okeh..gua malas nak main minggu minggu . Hobi gua sekarang buat sajak, puisi dan cerpen . Gua rasa nak tonjolkan elemen kemelayuan gua . Gua tak suka kalau anak anak muda sekrang alpa dengan dunia luar sahaja . Tak salah kalau nak berhibur tapi kadang kadang tengok juga warisan kita .


Cinta Mumayiz

aku masih hijau
belum habis kuningnya
masih meniti
serta mencari
apa makna
kalimah hidup
dengan berteman
satu anugerah
aku lah mumayiz

aku indah
serba serbi
namun
sering dibutakan
sang perosak alpa
sifat aku banyak
hakiki dan lemah
itu sekelumit sahaja
aku lah cinta

kala hati
berombak cinta
kala minda
berangin mumayiz
masih berufuk jauh
untuk menjadi
cinta hakiki
kerna kita
masih menangguk
pada cinta mumayiz


*********
- doa rajin rajin bagi gua rajin nak update belog .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Friday, July 8, 2011

Bersihnya Hati Ini..haaa semputttt.

- Ini hanya iklan minggu pengalaman .

Haaaa..ni yang patot kita buat . Kemonlah . Lu orang ada bran ka ???


Sementara tu..gua tengah pikir artis ni pon join bersih ke ??


***********
- selamat berhujung minggu..gua nak pi holiday . kah kah kah
- gambar hati pinjam sini . Gambar artis pulak sini .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Thursday, July 7, 2011

Pengalaman Main Guna Batang Kat Sekolah

Assalam .

Bukak sekolah 1999 . Pagi itu seperti Deja vu . Gua kena bangun awal pagi . Darjah 4 sekolah pagi . Kalau darjah tiga sekolah petang lagi . Nak bangun awal ni memang kena ada keazaman yang tinggi . Keazaman ni banyak kategori . Lain orang lain keazaman . Dalam buku sains pon ada mensyen pasal keazaman . Topik tu gua malas nak ulas lebih . Gua kalau tak cukup 8 jam tidur memang rasa palat nak bangun . Suhu bilik gua masa pagi boleh cecah 10 darjah celcius tanpa ada air cond . Tak mudah nak bangun . Setan pangkat prebet pon gelak ja tengok gua . Tak payah nak hasut lebih lebih . Memang setan .

Sampai sekolah gua buat muka kurang matang . Gua sarung baju baru kaler putih . Seluar biru gelap kain cotton . Kasut Bata kaler putih . Nak pakai kasut sekolah Batman mahal sangat . Member gua semua pelik .


Member : woii gemok..mana baju pengawas ang ?

Gua : dah darjah 4 tak rock jadi pengawas..kah kah kah

Member : nokharam betoi..pasaipa ang resign ni ?

Gua : malaih la nak jadi pengawas..asyik asyik jaga kantin, jaga gate, ikat bendera, kluaq rehat awai, paling tak best rambut kena pendek . Nak jugak aku rasa rambut macam beckham nu . kah kah kah


Member : badan gemok ada hati nak jadi beckham . cehhh

Gua : ang jeles kan aku boleh sepak bola macam dia . kah kah kah

Member : babi ang..petang ni mai skola kui 4 . Ada selection . Bawak batang sendiqi .

Gua : aku skola arab la petang ni tapi takpa la aku tuang sat. kah kah


Pukul 4 petang.

Gua keluarkan batang tu . Pegang batang erat erat dan hayun sekuat hati . Gua dapat rasa angin deras deras lalu celah badan . Masa macam berhenti 10 saat . Burung pun terbang perlahan . Daun pun jatuh dengan penuh adab sopan . Semua orang kata huiyoooo bersama sama mengikut rentak dan irama .

Tiba tiba sorang cikgu sound dari belakang. " Woiii..pukoi slow slow dah la..abih semua shuttle ataih bumbung, sapa yang nak ambik . "

" Power jugak batang raket cap Yonex ni..tak sia sia gua pinjam sat kat paklang . kah kah ".. getus hati kecil gua .



************
- masa sekolah rendah memang gua gemok tapi bukan sekarang .
- gambar cilok kat sini dan sini .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Tuesday, July 5, 2011

Pengalaman Menjadi Warga 97 98

Assalam.

1997 - 1998 . Gua masih kat sekolah rendah . Tak kenal lagi Metallica mahupun Trivium. Yang gua kenal masa tu Raihan dan Brothers . Gua kenal sebab sebelum sembahyang Jumaat mesti gua kena layan lagu nasyid . Baru semangat Jumaat gua berkobar . Pergi sembahyang pon awal . Khatib mungkin baru nak ambik wudhuk agaknya masa gua sampai .


Malaysia masa tu mula dilanda kegawatan ekonomi . Kegawatan yang disebabkan oleh penyangak mata wang dunia ( dalil yang gua dengar masa tu ) . George Soros si yahudi penyangak . Nama pon dah macam setan . Tak sedap langsung . Kalau lu orang nak tahu lagi detail pasal gawat tu boleh baca kat sini . Pasal gawat tu gua tak ambik port sangat sebab masa tu nak dapatkan bekalan nasi lemak senang lagi . Banyak lagi orang meniaga nasik lemak sebab nak jana pendapatan . Isu kekurangan nasi lemak tak timbul langsung . Yang wujud kempen jimat cermat dan menabung . Pasal menabung gua ambik port sikit . Tu pon sebab menabung penting untuk beli kereta Tamiya dan buku Dragon Ball . Lagi banyak duit lagi power kerea boleh angkat . Enjin pon ada macam macam kaler . Hitam , merah , hijau , biru dan kaler kaler lain . Lain kaler lain laju mengikut fatwa member gua . Zaman tu memang indah .


Yang sebenarnya gua nak kongsi pengalaman gua dalam mengenal sifat manusia . Lain manusia lain sifat . Kalau mengenal sifat Rasul tu gua ada belajar kat sekolah dulu . Kalau sekarang ada orang tanya gua apakah sifat sifat Rasul konpem mudah saja gua jawab . Tak perlu talian hayat . Japar on pon tahu takkan la lu orang tak tahu an . Implikasi daripada gawat tu gua mula kenal dua orang manusia yang pelik pelik .

1. Anwar Ibrahim.

- Dia punya jawatan masa tu gua tak kisah sangat . Rekod perjuangan lama dia gua ambik tahu sikit sikit . Cakap dia memang gah . Sapa sapa yang dengar pon rasa syahdu . Dia memang petah berkata . Bait bait kata dia tersusun kemas memeluk isi yang mudah difahami . Gua tak hairan kalau masa tu dia ramai penyokong . Dia memang hebat . Tapi gua rasa palat dengan dia sebab masa gawat dia nak 'jual' negara kat IMF . Gila babi . Tak nak gua jadi hamba IMF sampai mati . Kalau senang senang macam tu saja dia nak 'jual' negara yang berbilang kaum ni, jadi tak mustahil kalau dia mampu 'jual' bangsa sendiri kelak . Itu pandangan gua . Pasal kes kes moral dia gua tak peduli sangat . Itu hal dia dengan Tuhan . Bukan hak gua nak hukum orang .

2. Karpal Singh

- Tak pernah lagi gua nampak punjabi ni berturban . Alergik kot . Masa zaman gawat tu punjabi ni lah yang mula reveal kat parlimen dan federal hotel pasal tingkah laku moral anuar . Kes liwat cukup popular masa tu . Gua syak liwat dengan lewat tu satu rumpun . Ilmu bahasa gua tak tinggi lagi . Mumayiz lagi belum akil baligh . Punjabi ni memang bahaya . Bila mana ada satu pihak yang nak jadikan Malaysia sebagai negara Islam maka punjabi ni lah yang paling lantang melawan . " Over my dead body " kata dia . Dia tak tahu gua dah sumpah seranah bukan bukan kat dia . Celaka punya punjabi .

Gua ada rasa nak ulas jugak pasal korupsi politik . Tapi macam tak masuk dengan tema minggu pengalaman ni . Gua dengar cerita banyak jugak korupsi yang jadi . Tambah tambah masa zaman Mahathir tu . Kroni kroni dia semua kaya raya . Celaka .

***********
- entri ni bukan pasal politik .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Monday, July 4, 2011

Ucapan Pembukaan Minggu Pengalaman


Assalam...

Kata marhaen jauh perjalanan luas pemandangan . Tapi gua tak setuju sangat . Bukan apa . Kalau jauh perjalanan mesti letih lepas tu tidur lama lama . Tak dapat nak pandang banyak . Takat pandang gadis gadis tu biasa lah . Gua setuju lagi kalau jauh perjalanan luas pengalaman . Itu lebih manis dan bermakna . Kalau tidur masa perjalanan tu pun kira pengalaman jugak . Kan

Pengalaman ni luas dan pelbagai . Sukar gua nak kelasifikasikan secara satu satu . Lima tahun pun belum tentu habis gua nak ulas . Lain orang lain pengalaman . Apa yang kita lalui itu lah pengalaman kita . Kadang kita sedar kadang kita buat tak sedar . Kalau lu makan karipap isi angin pon pengalaman jugak . Kalau putus cinta sebab gelpren lu minat zul zuhair pon pengalaman jugak . Kalau lu jantan tapi kantoi minat renang berirama pon pengalaman jugak ( gua harap lu ada alasan kukuh macam alergik tengok bola ) . Kalau orang kata lu kacak macam japar on tu pengalaman jugak . Dan banyak lagi kalau . Bukan kuasa gua nak ulas banyak . Gua tak mampu .

Gua harap lu orang tenang dalam kehidupan masing masing . Kutiplah seberapa banyak pengalaman yang lu orang mampu . Ranjau di tanah air ni bukannya boleh dijangka . Macam macam hal boleh berlaku . Gua harap pengalaman mampu menjadi santo dan menentukan orientasi hidup lu orang . Kalau orientasi seksual tu lain cerita . Tuhan dah bagi yang terbaik lu orang jangan suka suka ubah . Berdosa .



**************
- entri minggu nih berkisar pengalaman hidup gua . Bukan setakat pokai dan nasha aziz saja malah lebih daripada tu .
- gambar gua cilok sini .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Saturday, July 2, 2011

Karya Kawan Kawan

Sedar tak sedar minggu sastera dah nak menutup layarnya . Gua ada rasa sebak gak . Tapi nanti ada lagi minggu sastera nih . Peribahasa, pantun, teka teki, novel dan seloka gua tak ulas lagi an . Jadi lu orang tunggu la nanti . Jangan risau nanti ada punya . Gua bukan jenis suka tipu sangat . Berdosa .

Kali ni gua nak payung karya member gua . Gua rasa karya ni boleh pergi jauh . Jauh sampai ke Cordoba mungkin . Member gua ni ada bakat seni tersendiri . Dia punya seni lain macam sikit . Orang biasa biasa mungkin tak faham . Kena hayati lebih baru boleh dapat roh pemahaman seni ni . Seni itu cantik . Ni bukan benda main main . Seriyes . Karya original gua cedok kat sini .

" Di celahan hiruk-pikuk gemerlap kota, di pinggir hujung desa. Di dalam banglo tersergam bak istana, di tingkat-tingkat rumah pangsa, di sebalik pintu usang rumah-rumah sewa. Di ruang hotel-hotel mewah, di atas katil motel-motel berbajet murah. Di ladang, semak belukar dan sawah. Di dalam di mana sahaja, di situlah mukadimahnya, pembuka kisah jijik tapi nyata..

Embun menitis sedih. Dingin malam dimanipulasi sepasang kekasih, ghairah memadu kasih. Berpujuk rayu, bergurau bermesra. Melayari syurga dunia. Menjilat limpahan nikmat senggama. Malu tiada lagi memagari diri..Pedih, perih, rintih, sakit, nikmat, keluh kesah dan resah, bersatu menciptakan derita. Bersama dibasahi keringat asmara. Hanyut dibuai alunan bisikan syaitan yang direjam Sang Pencipta. Karam di pelayaran yang tiada halalnya. Sang kekasih lalu tersadai di pantai kenikmatan. Tersenyum puas dan bangga si merpati dua sejoli bersama kasih sayang ciptaan serakah yang nilainya cuma selonggok sampah.

Tanpa sedar, benih tersemai tidak bertanah. Setitis air nikmat itu lalu menjadi seketul darah, dan menjadi segumpal daging merah. Mula berdenyut, bernadi dan bernyawa. Menunggu saatnya melihat dunia. Menzahirkan tangisan yang pertama. Menghirup udara semesta..Tetapi siapakah yang menyambutnya? Siapakah yang peduli akan kehadirannya? Siapakah yang merasa gembira? Siapakah ayahnya? Siapakah ibunya? Siapakah warisnya? Siapakah yang empunya? Siapakah yang bakal tahu nasibnya? Tiada siapa jua..

Di atas tangga-tangga rumah Allah, di tandas-tandas awam, di kaki-kaki lima, di tepian paya. Di mana sahaja, hidupmu bermula. Teratakmu cuma kotak, beralaskan batik kusam dan berselimutkan terik dingin cuaca. Memperjudikan nasib sambil berharap kewujudanmu di sedari jiwa-jiwa berisi ihsan. Kabur harapanmu pada anjing-anjing liar yang berkeliaran, sedang mencari makan. Semoga tidak menjadi bahan gonggongan, semoga nafasmu terus berpanjangan. Semoga rengekan sucimu menjadi suara yang membuka luas mata dunia. Malang nasibmu tidak kau jangka. Sengsara ini tidak pernah kau pinta. Mungkin kau tertanya-tanya, mengapa ditiupkan nafas ke jasad dalam keadaan sebegini rupa? Jalan takdirmu penuh tanda tanya. Bersimpang-siur berpapan tanda coretan duka. Sabarlah sayang, setiap rintik dugaan pasti datang membawa bersamanya segaris hikmah. Percayalah, Maha Esa punya percaturannya...

Sayang, ingin aku perdengarkan azan di telingamu, tika matamu masih pejam. Ingin aku perkenalkan semesta ini kepadamu, saat matamu telah jaga. Sayang, bisakah kau harungi dunia yang menanti dengan sejuta tari yang menipu ini? Bisakah kau menepis dan menahan kejian dan celaan sang manusia yang tak pernah dan bisa mengerti? Menghadapi sorak sorai, hilai tawa dan perit duka rongga-rongga dunia? Janganlah kau kecewa dan berputus asa. Walau hadirmu tidak bersambut, langkahan kakimu janganlah terbantut. Ku ingin melihat kau dewasa. Merangkak, bertatih di lantai dunia. Jatuh lalu bangun semula, dengan tongkat kebal di jiwa. Mendaki gunung harapan dan puncak menara tinggi yang dibayangi kabus tebal sandiwara. Menggapai awan gemawan impian, dengan sayap hasrat mulia. Menggali inti sari hidup dengan hati yang berani dan terbuka. Mengejar bebayang mimpi di kaki pelangi dan berhenti di kaki hari yang bakal tiba, kerana kau juga seperti si kecil yang lainnya, terbit dari rahim seorang wanita dan tiada kau berbeza di sisiNya...

Tuliskan coretan luka. Tuliskan hikayat duka. Tuliskan inti-inti sengsara. Tuliskan bait-bait derita. Tulislah...Serpihan-serpihan yang kau kutip dari butir-butir sejarah. Betapa hari-hari yang kau rempuhi bertemankan sunyi dan sepi penuh cerita. Betapa kau merindui lembut belaian jemari ibu dan ayah, yang tidak pernah kau rasa. Betapa kau mendambakan tulus kasih sayang mereka. Tulislah di dinding-dinding rumah. Tulislah di atas pasir dan tanah..Tulislah sayang, tulislah...Khabarkan pada dunia tiada salahnya berbin dan berbintikan Abdullah..Laungkan kepada dunia, sampaikanlah kepada isi semesta raya. Agar mereka memahami dan mengerti isi hati seraut wajah yang berkisah...

Di corong-corong radio di setiap frekuensi. Di layar kaca tv, di dada-dada akhbar, bagaikan cerita sensasi. Kita membisik hiba, ingin berkongsi derita. Sekilas dan seikhlas rasa mengiringi tiap kesal dan simpati yang menghuni hati kita semua. Tetapi apa jua daya kita? Apakah kuasa yang kita ada? Rasa hiba, pilu, sayu dan simpati yang kita kirimkan tidak dapat merubah apa-apa. Timbul dan tenggelam. Pergi dan datang. Mungkin dalam sekelip mata, semua rasa itu hilang...Derita dan sengsara itu tetap menjadi hak milik kekal jasad-jasad tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa.. "


Dan yang ni pulak kata member baik gua . Dia punya kata memang seni . Gua pun terkesima dan tersedu baca kata kata dia .

adat orang seni.
matanya pejam.
mulutnya diam.
tapi mindanya ligat memutar ruang.
ditelan ragam orang.
...dikemam lumrah alam.
lalu dilakar di atas potret.
dikarang di atas kalam.
Akhir kata member member gua semua ensem, cantik dan berbakat . Selamat maju jaya semua . Pujian untuk semua member yang gua kenal . Tiada yang terkecuali :)

*********
- Gmbar bayi pinjam kat sini .
- Mungkin minggu depan Minggu Cintan Cintun atau Minggu Hukum Manly And Gurly . Ikut mood gua . Lu orang berdoa banyak banyak harap gua ulas minat yang lu orang suka :)

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam