Friday, June 24, 2011

Main Bola Atau Gosip Siti

Semalam gua ada luangkan masa tengok game pasukan Olimpik Malaysia . Gua harap sangat dapat tengok bayangan skuad Olimpik 1980 berulang kembali dalam game semalam . Mungkin ada bayangan 'Hassan membawa bola dan melorongkan kepada James ' sekali lagi . Gua menanti penuh debar . Setiap sudut televisyen gua perati . Ais kacang pasar malam gua tolak tepi dulu . Bihun sup pun dapat nasib yang sama .

Minit ke 9 Malaysia menjaringkan gol . Gua steady . Tak mahu bersorak lebih lebih . Malam jumaat kena jaga adab lebih sikit . Gua tengok Gurusamy main ok macam Song . Tak gelabah sangat . Gua rasa harga dia malam tu boleh sampai 5 juta . Muslim pulak kebal macam Vermaelen . Buat muka ganas macam Jai KL Gangster sikit sampai mamat Lubnan tu tak berani nak kejip mata kat dia . Gua tak pasti harga dia dah sampai berapa juta malam tu .

Minit ke 41 gua dapat tengok antara jaringan terbaik pasukan Malaysia . Gabungan visi, teknik, ketepatan hantaran, disiplin dan keazaman yang tinggi membolehkan Wan Zack Haikal menjaringkan gol kedua Malaysia . Gua rasa bangga . Jarang jarang dapat tengok gol macam tu sekarang ni . Gua semakin semangat nak tengok bola sepak acuan Malaysia . Semangat yang dah lama ada tapi kerap kali terkubur .

*********

Gua ingat lagi semangat tu pernah muncul pada tahun 1998 di mana Pulau Pinang muncul juara liga perdana pada masa tu . Kalau pi stadium Bandaraya pon memang ramai orang . 'Haria Penang Haria' sebati dalam diri gua . Mulut acap kali melaungkan kata keramat tu tanda bagi semangat . Ada satu masa tu gua pi stadium Bandaraya gua nampak Karl Heinz Weigang jurulatih Perak masa tu . Gua sempat jelir lidah dekat dia dan terus keluar beli air . Gua rasa nak bagi middle finger tapi tak manis pula . Gua baru darjah 4 masa tu dan kena praktik adab adab sopan yang gua belajar dalam kelas agama . Jadi gua lupakan niat buruk tadi .

Klimaks semangat tahun 1998 berlaku depan televisyen . Gua tak pi stadium sebab game malam tu Pulau Pinang lawan Selangor kat Shah Alam . Jauh . Lepas mengaji gua terus balik rumah cepat cepat . Sempat jugak gua bedal milo dua gelas . Gua lepak depan tv dengan abah dan adik gua . Malam tu banyak kali gua berdoa bagi Pulau Pinang menang sebab nak jadi juara liga . Budak budak punya doa memang macam tu sikit .

Masa second half game masih terikat 1 - 1 . Gua lupa sapa yang score sebab ingatan gua lemah sikit masa tu . Zaman tu tak kenal vitamin kuatkan otak lagi . Gua jangka malam tu habis dengan penalti tapi jangkaan gua meleset . Merzagua Abderrazak nama yang tak asing lagi dalam era bola sepak Dunhill Malaysia menjaringkan gol kemenangan . Dia punya hebat Merzagua ni gua tak mampu nak ulas lebih . Makcik makcik tak minat bola yang suka gosip gosip Siti pon kenal dia . Merzagua beat Azlisham Ibrahim keeper Selangor malam tu dan Pulau Pinang sah juara . Pehh, gua menangis sikit tapi kaver kaver dengan bantal . Gua harap sangat ada player Malaysia macam dia . Kalau dia memang player tempatan lagi bagus . Tapi sayang dia pemain import masa tu .

Cari sendiri Merzagua yang mana satu


*********

Lepas gua habis stim ingat 1998 tu Lubnan pulak score . Gua ingat mamat tu tak pandai nak tanduk bola tinggi . Asyik nak gelecek sampai dalam pintu gol ja . Rupanya dia pandai tanduk jugak . Dia da maju sikit agaknya .

Tahniah team Malaysia sebab menang semalam . Jangan hampakan kami lagi . Kami tetap sokong anda . Walaupun jika Astro dan tv kerajaan tak mahu tayang siaran langsung bola sepak lepas ni tapi kami sebagai peminat akan tetap mahu menonton persembahan anda . Mungkin peristiwa kumpul duit untuk tonton bola sepak piala dunia 1986 akan berulang kembali tapi kami tetap akan lakukan yang sama untuk anda sekiranya anda layak ke Olimpik .

************

Nota di kaki :

- kalau gua silap pasal tahun 1998 tu tolong betulkan gua . Biasalah memori budak budak lagi .
- Mintak maaf sebab gua selalu jugak kutuk kutuk team Malaysia . Tapi kira halal lah .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam