Thursday, June 30, 2011

Melayu Dan Mahasiswa

Maaf malam ini bukan untuk ulas Mungkin Pesong Atau Tipu 2 kerana saya fikir lebih bagus untuk buat entri ini pada minggu sastera yang seterusnya . Keh Keh

Tapi

Mungkin kita boleh berkongsi satu puisi yang cukup bermakna dan mendalam maksudnya . Lebih dalam lagi daripada jurang mariana . Lebih luas daripada atmosfera yang tak pasti mana satu hujungnya . Sehinggakan empat kota di empat benua pun belum mampu untuk menghuraikannya .

Puisi ini dicipta oleh Dato' Dr Usman Awang . Nama yang cukup besar dalam dunia keilmuwan Melayu . Perginya beliau lebih sedekad lalu umpama satu hilangnya satu permata ilmu yang tiada tara nilainya . Jiwa tulen Melayu kemas terselit dalam setiap karyanya . Hayatilah .


MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


MAHASISWA , September 1961

Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

************
gambar dapat di sini .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Wednesday, June 29, 2011

Mungkin Pesong Atau Lupa 1

Melaka 1400 - 1511

Sang Nila Utama empunya nama . Datangnya membuka satu sejarah Melaka . Nama yang masyhur dahulu kala . Daripada Alfonso Albuquerque di barat sehingga Cheng Ho di timur . Semuanya pernah sampai ke Melaka . Banyaknya pedagang tidak terkira . Penat bendahara dan syahbandar melayan keletah . Pelbagai hasil bumi menjadi rebutan . Rempah ratus senjata utama menjadi tarikan segenap benua . Berkata Duarte Barbosa .

"Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia"
(He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Datangnya pedagang Arab membawa sinar Islam . Sinar yang mencerahkan alam Melaka . Sang Nila Utama bertukar nama . Raja Iskandar Shah menjadi pilihan . Melaka terus maju . Majunya bukan sahaja dalam perdagangan tetapi juga sebagai pusat ilmuan Islam . Hebatnya Melaka menggantika Srivijaya tiada terkata . Pasai sebagai 'abang tua' dalam dagang dan agama senantiasa berkirim salam .

Khabar Melaka sampai ke telinga Portugis . Panas punggung maharaja itu . Diutuskan Diego Lopez de Sequiera datang merisik .

" Menurut sumber Sejarah Malaysia, kedatangan Portugis awalnya dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab mendesak sultan dan bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru itu, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Feringgi atau Portugis dan menyerang angkatan laut mereka.

Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan kepada mereka. Setelah mendapati rancangan asal telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata ketika sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka. "..sumber ini .

" Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China. "..sumber ini .

Rebahlah Melaka ke muka bumi . Harta benda dirampas . Maruah rakyat ditahan . Tapi benarkah Melaka tewas begitu mudah ? Mungkin ada fakta yang disembunyikan atau sengaja dipesongkan ?

" Ingat lagi Melaka pernah diserang oleh angkatan laut dan darat Siam ketika Sultan Muzafar Shah memerintah? Dengan kekuatan armada laut dan darat Melaka, dipimpin oleh Tun Perak, Tun Hamzah (Tok Bongkok) dan Hang Tuah, mereka berjaya menggagalkan serangan Siam. Begitu hebatnya armada laut kita sehingga tidak dapat berfungsi menghidu kehadiran Portugis malah menhalang serangan kapal Portugis. Mana menghilangnya armada laut Melaka ketika Melaka diserang? Ada pendapat mengatakan mereka berpaling tadah dan bersama-sama menyerang Melaka.

Mengikut sejarah ‘rasmi’, empayar Melaka mudah tewas kerana Portugis/Barat lebih hebat. Takkan hendak berlawan hanya bekal keris dan lembing? Melayu tiada baju besi, tiada meriam atau senjata api.. Itu kata masyarakat Melayu kita sendiri yang buta sejarah dan meperlekehkan bangsa sendiri.. Kaji dahulu sebelum ketawa!

Melayu ketika itu sudah pandai membuat baju besi.. Melayu juga hebat dengan peralatan perang.. dengan perisai baju besi, pemuras, terakol, istinggar dan meriam (Lela Rentaka). Tidak masuk akal jikalau Melaka sebuah pelabuhan perdagangan serata dunia sebelah Asia tidak terdedah kepada teknologi terkini. Kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan Melayu nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol.

Sultan Mahmud Shah juga tidak mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak dipunyainya.. Tun Fatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui sultan, telah berkahwin dengan Tun Ali. Akibat rasa cemburu dan tidak senang hati dengan tindakan Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan Tun Fatimah terlebih dahulu kepadanya, Sultan telah murka. Terlebih dahulu Datuk Mandeliar dan Si Kitol telah menghasut Sultan Mahmud Shah .

Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan. Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah . "..sumber ini .

*********

- entri selepas ini akan bersambung kepada Mungkin Pesong Atau Lupa 2 .


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Meredah Malam

Dari masjid ke masjid
diredah kelam malam
singkat waktu musafir
jauh marhalah dijejak

Di sepanjang jalan
pergi dan pulang
aneh peristiwa dialami
dipanggil suara merayu
dihidang cangkir enak minuman
dipandang tanah subur hati berkenan

Dikhabar rahsia sebalik keganjilan
andai ditoleh panggilan suara
kan hanyut semua dalam dunia
cangkir susu yang disantap
pilihan fitrah tuntutan nurani
putih mulus dan suci wadah
tanah subur tertarik hati
tanah mastautin dan maqam nanti

Satu malam yang dilewati
jauh jarak di muka bumi
petala langit jua diterokai
segala dialami terus diperi
gilalah siapa yang percaya
ceritanya amat luarbiasa
walau dengan dalil nyata
mustahil pada akal kita

Terpahat di tugu sejarah
sahabat setia terima segala
tiada ragu, tiada sanggah
pelik dan benar peristiwa
momentum gerakan dakwah
wadah sempurna dan diredha

( Karya As Syramy
)

**********
- Puisi Israk Mikraj dapat di sini .


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Tuesday, June 28, 2011

Panglima Bahasa

Teringat kembali awal tahun 2000 an . Kami bersiar siar di KLCC . Mercu tanda Malaysia yang cukup gah ketika itu . Satu atmosfera bumi tahu akan KLCC . Semua orang ingin ke KLCC . Ada yang nak melawat kedai setan . Ada yang nak makan kepsi kat situ . Tak kurang juga ada yang nak bercanda depan air pancut KLCC . Tapi video 'dia pilih KLCC dowh' tak wujud lagi . Pelakon tu masih menyusu badan agaknya.

Suasana hari tu tenang permai . Harmoni . Aman damai . Tiada kes ragut . Tiada perhimpunan haram . Jauh sekali kes simbah asid . Sedang asyik kami berjalan . Tiba tiba kelihatan susuk tubuh seorang panglima Melayu . Umurnya sudah melangkaui separuh abad . Fizikalnya tampak sedikit lesu tetapi semangatnya tidak pernah luntur ditelan zaman . Beliau seorang yang bercita cita tinggi . Beliau seorang ilmuwan . Beliau seorang pemikir . Beliu seorang yang dihormati seantero pelosok . Tanpa beliau mungkin bala bencana menanti tamadun kita .

Dengan tersipu sipu malu kami berjalan mendekati panglima bahasa itu . Lalu menyapanya dengan senyuman dan salam ikhlas . Secangkir senyuman manis dibalas beliau . Ramah orangnya . Kata katanya penuh pengalaman . Terkesima kami . Sesekali kelihatan beliau mengusap janggut putihnya . Itulah yang istimewa tentang Dato' A Samad Said .


******************
- gambar diambil di sini .
- biografi pejuang boleh baca di sini .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Minggu Sastera Blog Ini


Berkata Dato' Shahnon Ahmad.


Itu adalah kata yang kaya makna . Kata yang terselit unsur harafiah . Kata yang mampu menjadi unggun perjuangan yang marak . Kata yang releven selagi peradaban bangsa itu mekar . Kata yang menentukan cakna kehidupan generasi dekad yang kemudian .

Sastera itu luas sifatnya . Seluas galaksi bima sakti mungkin . Tiada manusia tahu sempadan sastera secara terperinci kerana akal manusia itu juga bersempadan . Sastera itu sendiri bukan sekadar novel mahupun sajak sahaja . Sastera itu seni kata . Seni kata yang mampu mengagungkan pemikiran tamadun . Seni kata yang menjadi teknologi komunikasi . Seni kata yang menjadi pengangkutan dakwah . Dalam badan sastera itu sendiri telah diisi zat zat kebaikan dan organ organ keinsafan yang sihat . Indahnya sastera itu kan .


***************

Ulasan diatas hanya pandangan diri ini..sekian

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Menambat Rakit

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak puntakdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..

~A. Samad Said (1985 )

- rujuk di sini


sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam

Friday, June 24, 2011

Bukan Bahasa Tubuh Wanita Sahaja

Hah..apa ?? Lu tanya bila gua nak buat entri pasal wanita . Lu ingat gua power sangat pasal wanita ni . Gua bukan pakar dalam bidang bidang macam ni .

Tapi .

Kalau lu orang nak mungkin gua boleh ulas sikit sikit . Kalau tak betul jangan nak marah marah . Jangan pulak lu orang nak BERSIH belog gua . Mana gua nak tulis lepas nih . Kan .

Mengikut sejarah gua tak arif sangat pasal wanita . Gua sendiri masih memahami keunikan dan kekomplikated bujur bujur tubuh yang bernama wanita ini . Bagi gua sifat wanita itu sendiri sukar difahami mahupun untuk dijangkakan . Lain wanita lain lembutnya . Gua dengar orang kata ' Disebalik kejayaan seorang lelaki akan ada seorang wanita yang menjadi tulang belakangnya' . Itu orang kata . Bagi gua lelaki dan wanita saling bersandaran . Harus dilayan dan melayan sama baik dan adil .

Wanita dipandang daripada pelbagai sudut dan perspektif . Lain orang lain pandangannya . Ada yang pandang pada tutur kata , ada yang pandang pada agama dan tak kurang ada yang pandang pada susuk tubuh sahaja . Ikut selera masing masing lah . Buat yang mana suka tapi ingat batas agama juga . Gua pon kadang kadang terlupa juga . Mungkin kita boleh sama sama berubah . Kan .

Kesempatan ni mungkin gua boleh ulas sikit sikit pasal cara cara lelaki uji wanita . Gua pun tak tahu apasal gua minat sangat nak tulis ni . Mungkin ni salah satu cara perkongsian ilmu jugak . Nak tulis pasal bahasa tubuh wanita yang menjadi perhatian lelaki memang tak dapat la . Itu bukan minat gua . Ingat tu . Bukan minat gua .

1. Lelaki suka uji tahap kematrealistikan wanita dengan memberi hadiah murah ataupun bawa makan di gerai gerai tepi jalan . Itu hanya ujian . Wanita jangan cepat melenting . Kang makan pelempang buta buta .

2. Lelaki suka uji tahap kecemburuan wanita dengan memperkenalkan wanita kepada bekas kekasihnya atau menghubungi bekas kekasih di depan wanita . Itu hanya ujian . Jangan terus bagi penampar dekat lelaki . Tak manis dipandang .

3. Lelaki suka uji tahap kesetiaan wanita dengan pergi melancong atau melencong seorang diri tanpa khabar berita atau mesej di henpon . Itu hanya ujian . Harap wanita bersabar .


***************
nota kaki :
- Itu hanya pandangan gua . Harap jangan ada pihak yang melenting . Kita sama sama pikir ok.
- Itu hanya antara ujian ujian lelaki . Gua bagi contoh ja . Nak yang lain pikir .

sumber kotak komen : belog Adib Yusoff ( http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-berkesan-tingkatkan-trafik-blog.html#ixzz1Qcce2MoH ) . Lelaki ensem dan berperangai bukan haramjadah .

Sekian..Assalam